Semakan Keputusan UKSBP 2020 Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh. Kepada pemohon mahupun ibu bapa yang telah memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP sesi 2020 dan telah menduduki Ujian Kemasukan SBP (UKSBP) tahun ini, anda boleh membuat semakan keputusan UKSBP pada tarikh yang telah di umumkan.
Keputusan Ujian Kemasukan SBP bagi sesi 2020 akan di umumkan bergantung kepada tingkatan kemasukan.
Untuk Tingkatan 1, keputusan ke SBP akan di umumkan selewat-lewatnya pada 20 Disember iaitu selepas pengumuman Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2019.
Untuk Tingkatan 4 pula, keputusan UKSBP akan di umumkan selewat-lewatnya sebelum atau pada 14 Januari 2020 iaitu selepas keputusan PT3 di umumkan.
TARIKH PENTING UKSBP 2020 | ||
PERKARA | BUKA | TUTUP |
Permohonan | 27 Ogos 2019 | 27 September 2019 |
Ujian | 14 Oktober 2019 | 18 Oktober 2019 |
Keputusan | 20 Disember 2019* | 27 Januari 2020* |
*Nota : Sebarang perubahan pada tarikh akan di kemaskini dari semasa ke semasa |
Link Pautan Semakan Keputusan UKSBP 2020
Sebelum melakukan semakan. Pastikan calon telah melakukan perkara berikut untuk mengelakkan kesulitan.
- Sila Masukkan Angka Giliran UPSR / PT3 2019 dan Klik Butang Semakan
- Pastikan maklumat dalam Angka Giliran calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR / PT3 calon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk bantuan.
Untuk calon Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh, boleh lakukan semakan melalui pautan di bawah :
Untuk calon Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh boleh lakukan semakan keputusan melalui pautan di bawah :
Cara Lain Untuk Melakukan Semakan Keputusan UKSBP
Semakan keputusan permohonan ke SBP juga boleh dibuat melalui :
- Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
- Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400
- Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.
- Semakan melalui SMS
Calon Berjaya Dalam UKSBP
Jika calon telah BERJAYA dalam keputusan Ujian UKSBP 2020 yang di umumkan. Surat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh akan di sertakan sekali bersama.
Jika calon bersetuju untuk menerima Tawaran Ke SBP, arahan di bawah adalah perlu di ikuti oleh calon :
- Murid yang berjaya perlu mencetak Surat Tawaran dan lampiran yang disertakan.
- Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
- Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar / palsu, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut.
- Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.
- Tawaran ini adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain tidak akan dipertimbangkan.
- Sebarang pertukaran aliran mata pelajaran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan.
Calon Gagal Dalam UKSBP
Sekiranya calon GAGAL dalam keputusan Ujian UKSBP 2020, calon masih boleh membuat rayuan untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh. Permohonan boleh di buat pada hari yang sama keputusan di umumkan.
Permohonan E-Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2020.
Tatacara membuat rayuan untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh bagi calon yang gagal Ujian UKSBP 2020 adalah seperti di bawah. Calon hendaklah telah memohon online kemasukan ke SBP Sesi 2020 dan telah menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) namun Gagal/Tidak Berjaya.
Cara membuat rayuan ke SBP melalui e-rayuan :
- Masuk ke laman sesawang : Tingkatan 1 & Tingkatan 4
- Klik Sistem Semakan Tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
- Masukkan angka giliran UPSR/ PT3
- Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
- Klik pada E-Rayuan
- Klik Hantar.
Soalan Berkaitan E-Rayuan SBP
Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?
Murid yang tidak membuat permohonan secara dalam talian dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
Murid boleh membuat permohonan baru apabila e-Rayuan dibuka.
Bilakah e-Rayuan dibuka?
e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama.
Bagaimanakah mengisi permohonan e-Rayuan secara online dan cara menyemak e-Rayuan?
Murid yang telah membuat permohonan dalam talian tetapi Tidak Berjaya dan murid yang tidak pernah membuat permohonan dalam talian tetapi ingin memohon:
-
- Masuk ke laman sesawang : www.moe.gov.my
-
- Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
-
- Masukkan angka giliran UPSR/PT3.
-
- Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
-
- Klik pada e-rayuan.
Bolehkah murid yang gagal mendapat tempat menukar SBP pilihan apabila membuat e-Rayuan?
Boleh. Walaubagaimanapun, penawaran bergantung kepada kekosongan tempat.
Tarikh Keputusan E-Rayuan.
Keputusan e-Rayuan SBP akan diumumkan pada tarikh yang akan dikemaskini (Tahun lepas pada 29 Januari 2019 sehingga 11 Februari 2019).
Keputusan E-Rayuan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan lain tidak akan dipertimbangkan.
Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang.