Biodata Ringkas Dato Lokman Noor Adam Calon Barisan Nasional Bagi DUN Sungai Kandis
Lokman Noor bin Adam, dilahirkan pada 1 hb Januari, 1973 di Batu Pahat, Johor. Anak Sulung daripada 7 orang adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Batu Pahat dan Sekolah Tinggi Kluang, Johor sebelum melanjutkan pelajaran di UITM Perak dalam jurusan Diploma
Lokman mula melibatkan diri dalam arena politik atas dorongan ayahnya Hj Adam Hj Ali yang merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kluang ketika itu. Berikut Serba Sedikit tentang Dato’ Lokman Noor Adam yang merupakan calon pilihan tepat Barisan Nasional bagi PRK di Sungai Kandis yang akan di adakan tidak lama lagi.
Pendidikan :
- Master of Management dari Universiti Tun Abdul Razak.
-
Diploma Siyassah Syarriah dan Kepimpinan Islam dari Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam.
Pengalaman :
-
Mula melibatkan diri dalam arena politik seawal usia lima belas tahun.
-
Ketua Pemuda UMNO Cawangan sejak berumur 18 tahun (1991)
-
Setiausaha Majlis Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, AJK Majlis Pembangunan Luar Bandar dan AJK Majlis Sains dan Teknologi Pemuda UMNO Malaysia (1996-1998).
-
Dipecat dari UMNO tahun 1998 kerana menegur Tun Dr Mahathir dan merupakan seorang pejuang keadilan dan hak asasi mulai detik tersebut. Pernah dilokap sebanyak 8 kali kerana mengepalai siri demonstrasi mempertahankan hak bersuara dan berhimpun serta memperjuangkan pembebasan Dato Sri Anwar Ibrahim yang dizalimi oleh Tun Mahathir.
-
Pada tahun 1998 beliau ditahan dibawah ISA selama 2 bulan, manakala pada tahun 2001-2003 ditahan dibawah ISA selama dua tahun dua bulan.
-
Dilantik sebagai Ketua Pemuda Keadilan Johor yang pertama Tahun 1999 dan dipilih sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan dalam pemilihan pertama parti tersebut.
-
2004 beliau telah dipecat dari Keadilan kerana telah menegur Ketua Pemuda Keadilan ketika itu, Ezam Md Nor.
-
2006 menyertai Umno Bahagian Shah Alam.
-
Exco Pemuda UMNO Shah Alam dan Exco Pemuda UMNO Malaysia (2008-2013)
-
Pengerusi Unit Pidato Pemuda BN dan UMNO (2009-2013)
-
Panel Pemikir Penjenamaan Semula BTN (2016)
-
Ahli Badan Pemikir Penerangan UMNO Malaysia (2016-2018)
-
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (2010-2016)
-
Pengarah Komunikasi, Kementerian Kewangan Malaysia (2016-2018)
-
Presiden Pemantau Malaysia Baru 2018.
-
Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2018-2021)
Incoming search terms:
- dato lokman adam wikipedia (11)
Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang.