Bagaimana Cara Menggunakan Touch N Go E Wallet Melalui Smartphone
Muat turunlah APP TnG (Android/iOS) dan lakukan pendaftaran. Ringkas sahaja prosesnya tiada masalah. Sampai di tahap ini, anda kini memiliki e-Wallet Touch n Go. Itulah prasyarat yang perlu dipenuhi untuk menambah nilai kad Touch n Go. Kemudian saya ke langkah yang seterusnya
Fasa 1: Tambah Dana Masuk E-Wallet
Seperti kebanyakkan e-wallet yang lain, memang anda perlu menyuntik dana secara manual. Setakat ini, hanya Maybank QR Pay membenarkan kita menambat akaun simpanan terus untuk digunakan semasa pembayaran.
Untuk TnG, terdapat beberapa cara untuk memasukkan nilai iaitu:
Kad kredit
Kad debit
Perbankan dalam talian
PIN
Saya memilih perbankan dalam talian (FPX) untuk tujuan ini. Setakat ini, prosesnya masih senang dan memang dijangka.
Fasa 2: Pindahkan Dana Dari E-Wallet Ke Kad TnG
Inilah fungsi yang paling dinanti-nanti ramai pengguna. Untuk melakukannya, anda hanya perlu memasukkan nombor siri kad TnG ke dalam ruang yang disediakan. Jika anda menggunakan kad pengenalan, kemungkinan besar tiada nombor siri TnG padanya, anda boleh ke pusat khidmat pelanggan TnG untuk beroleh maklumat itu.
Sekali lagi, proses memindahkan dana ke kad TnG amat mudah. Saya menerima mesej sukses dan di web browser saya melog masuk portal.
Fasa 3:Fasa Sentuh Menyentuh
Agaknya TnG memang setia dengan namanya. Walau apapun transaksi, aktiviti menyentuh tetap perlu ada. Tiba di Pusat Pengalaman Pelanggan (CEC) TnG, saya terus mencari pegawai perkhidmatan pelanggan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Menurun tuan Fazreen dan Azizul, ciri tambah nilai terus TnG daripada telefon masih dalam peringkat BETA.
Selepas mengarahkan perpindahan dana daripada e-Wallet ke kad, pengguna perlu menghadirkan diri ke satu mesin yang mereka gelar sebagai Pick Up Device (PUD) untuk mengesahkan transaksi itu. Setakat ini hanya dua mesin seumpamanya ada di seluruh Malaysia iaitu:
Pusat Pengalaman Pelanggan (CEC) yang terletak di Bangsar South.
Hab TnG di NU Sentral
Dalam masa 24 jam selepas arahan perpindahan, anda perlu ke mana-mana mesin ini. Jika tak, amaun itu akan dikembalikan ke e-Wallet anda.
Tinggalkan Ulasan Anda. Pihak Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Komen Yang Menyalahi Undang-Undang.